Friday 30 May 2014

JUAL ANAK POKOK PALING POPULAR

BUCIDA 1 TINGKAT HARGA RM80

POKOK DRACAENA LOUREIRI HARGA RM130 SIAP PASU YG SEDIA ADA DIGAMBAR.
DAN SEDIA TANAM DLM POLYBAG HITAM RM120

POKOK PALING TOP 10 PADA MASA KINI KAUM CINA AMAT GEMAR POKOK NIE....MURAH SANGAT MURAH
 

Friday 23 May 2014

JENIS JENIS POKOK BUNGA



POKOK BUCIDA ( DOA )


POKOK BUCIDA DAUN HIJAU


CHALATHA LUTEA

DRACAENA LOUREIRI



KHAYA SENEGALENSIS

KHAYA SENEGALENSIS ( KECIL )

DURANTA

POKOK PAGAR DURANTA REPENS

FICUS GOLD

JANDA KAYA



POKOK PAGAR LOROPETALUM CHINES

LOROPETALUM CHINE ( KECIL )

RHAPIS EXCELSE


CONTOH RUMPUT KARPET PHILIPHINE DITANAM RAPAT RAPAT YG TELAH SIAP.
DALAM MASA 30 HARI RUMPUT INI AKAN MULA DIPOTONG UTK MERATAKAN SUPAYA KETUMBUHAN HIDUP DGN SEKATA.

JENIS JENIS RUMPUT

1. PEARL GRASS /RUMPUT MUTIARA


PHILIPHINES GRASS

JENIS RUMPUT
1 .Rumput Mutiara \ Pearl grass
 Cantik,tak perlu potong, sukar dijaga = mesti selalu  siram baja,kos tinggi dari jenis lain.
 sekaki 1 x 1 =RM5.00
siap pasang complete.



2 .Rumput Karpet \ Carpet grass Philipine

 Paling top,mudah dijaga, tahan penyakit, kemas
,sekaki 1 x 1 =RM2.80
 siap pasang complete.


3.Rumput Padang \ Cow grass Biasa, mudah dijaga,   rumput padang kerap kali 2 minggu sekali potong 
 sekaki 1 X 1 = RM1.90
 siap pasang complete.




4.Pelbagai service PERMENANT SERVICE BULANAN utk memotong dan  membaja rumput karpet .



Kami juga menerima tempahan membeli pelbagai jenis rumput karpet,pokok buah buahan dan bunga bungaan khas UPAH MENANAM utk Lanskap dan sebagainya.


 







COW GRASS / AXONOPUS COMPRESSUS

 

 

***HARGA BOLEH RUNDING MENGIKUT KELUASAN KAWASAN ANDA**




CARA PENANAMAN RUMPUT DENGAN BETUL

Selepas penyediaan tapak, tentulah kita akan menanam rumput kita.

Dengan mengandaikan di depan kita sekarang ada kawasan yang akan kita tanam rumput siap
Kita boleh tanam rumput dengan tiga jenis kaedah.

i.        
bijibenih
ii.       sod atau plug dan
iii.     
sprig atau stolon.


Cara paling murah untuk tanam rumput di Malaysia ialah dengan stolon.  Cara paling mahal tapi paling cepat ialah dengan sod.  Lebih rapat jarak diantara sod, lebih cepat awak dapat halaman atau padang idaman anda.
Sebelum anda berlari mencari kamus atau nak “google” istilah-istilah teknikal biar saya jelaskan. Stolon ialah sebahagian dari akar rumput yang masih boleh tumbuh.  Sprig boleh dikatakan bahagian yang lebih kecil dari sod. Sprig biasanya tiada tanah.  Sod ialah sekeping tanah yang mempunyai rumput. Biasanya di beli dengan keluasan 1- 2 kaki persegi dari nursery. Cara sod kebaikan nya ialah rumput lebih tahan kalau lambat siram, dan bila hujan lebat tak lah dia senang sangat hanyut. Cara ini juga kadang2 dipanggil sebagai “close turfing”. Anda boleh membeli sod dari nursery dan mencerai-ceraikannya dgn parang (atau tangan), membasuh-buang tanah dengan air untuk menjadikan sprig yang digunakan untuk tanam.
Di bahagian lain saya cerita panjang lagi tentang sod, sprig dan stolon.


1.       Taburkan stolon di tempat yang kita dah sediakan, kalau sprig; mulakan menanam macam tanam padi. Atau kalau kita sod, kit susun sod kita. Ingat untuk susun sod macam kita susun batu-bata; tempat sambungan antara barisan sod tidak bertemu dengan barisan di bawah atau atasnya.

2.       Taburkan selapis nipis pasir di atas sprig, stolon atau sod tadi.  Satu tujuan ini ialah supaya rumput tadi tidak terdedah kepada matahari secara langsung.  Lagipun akan memudah kan kita untuk meratakan permukaan.

3.   Tenggelamkan!  Setengah orang akan menggunakan ‘spike’ atau pencakar atau pun tayar mesin yang mempunyai bunga khas yang bila di guna atas permukaan tadi, akan membantu rumput untuk masuk sedikit ke dalam tanah.

4.       Siram.
Terutamanya stolon atau sprig.  Ia hanya sebahagian dari rumput dan mempunyai sedikit sahaja bekalan air dalam tubuhnya. Ia akan cepat kering.  Jangan siram banyak. Siram selalu.  Berapa selalu? Bergantung kepada cuaca. Pada hari pertama saya amalkan membasahkan stolon tu, tiap tiap 15 minit. Tapi sod kena siram sampai anda anggarkan tanah dibawah sod itu basah.

5.       Baja.
 Ingat. Ia tiada makanan simpanan dan kurang atau tiada akar untuk mencari makanan.  Baja sikit tapi selalu.  Saya sangat galakkan baja organik atau baja tepung dari jenis CIRP. Ketulan baja kimia biasa boleh ‘membakar’ rumput kalau tak disiram dengan betul.  Jika mahu, gunakan baja kimia jenis 15-15-15 atau DAP (Diammonium Phosphate, bukan parti politik) yang boleh di dapati dari mana-mana nursery atau supermarket besar. Siram selepas baja!  Kalau ragu2, rendam baja dalam air dan siram air tersebut. Lepas tu siram dengan air kosong lagi. Hati2 dengan tangan anda. Ada org sensitif terhadap baja.

6.       Potong.
          Potong sebaik saja rumput tersebut cukup tinggi untuk dipotong.  Biasanya dalam 10mm. Walaupun  akhirnya anda ingin rumput anda tinggi lebih dari 10mm.  Ini kerana lebih selalu rumput dipotong, lebih rapat ia tumbuh. Bila dah rapat (sebulan – 2 bulan) baru potong rendah atau tinggi. Turun atau naik 0.5mm sahaja setiap kali menukar ketinggian (Amaran: formula berbeza diguna utk green padang golf).

7.       Merumpai (weeding).
          Selalu lah merumpai rumput liar.  Jangan guna racun hingga tahun kedua.

8.       Potong.

9.       Baja.
         Pada peringkat ini, saya suka amalkan prinsip sikit tapi selalu. Ingat, pada peringkat ini, rumput  mempunyai akar yang pendek untuk mencari baja jauh ke dalam tanah.  Dan ia juga tak mampu utk menyimpan nutrien.

10.   Siap.


11.  Merumpai (anda tak pasti rumput tu rumput liar atau rumput yang anda hendak? Cabut, lebih baik selamat.) Kalau botak merumpai, tanam lain. Jangan menyesal nanti bila dah tanam ada banyak rumput liar.  Ia cepat membiak.

12. Merumpai.