Thursday 16 October 2014

Cara menanam pokok kurma

Menanam pokok kurma terbahagi kepada dua iaitu: 
 

A) Menanam pokok kurma dari anak kurma.

Pokok pokok kurma dewasa kebiasaannya akan mengeluarkan anak-anak kurma di pangkal pokok dan jumlahnya bergantung kepada umur pokok dewasa.
Anak-anak pokok kurma ini boleh dipisahkan daripada batang pokok kurma dewasa dan ditanam di tempat lain.
Kerja-kerja memisahkan anak kurma amat rumit dan jika tidak dilakukan dengan cermat akan merosakkan anak kurma dan juga pokok kurma dewasa.
Menurut sesetengah pendapat mengatakan 70 peratus anak-anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa adalah baka pokok betina dan boleh menghasilkan buah.
Manakala 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan.
Anak-anak pokok kurma yang telah dipisahkan dari pokok kurma mestilah dibekalkan dengan cukup air. Ini kerana kebanyakan akar anak-anak kurma ini telah terputus.
Cara yang terbaik merawat akar-akar anak kurma ini ialah dengan membalut akar yang terputus itu dengan guni basah.
Cara lain ialah dengan merendam sebahagian pangkal anak-anak kurma ini dalam air sehingga akar-akar baru tumbuh.
Sekiranya memilih untuk menanam anak-anak kurma sebaik sahaja dipisahkan, adalah sangat perlu menyiram dua kali sehari dengan kadar air yang cukup. Pastikan tanah sekitar anak kur yang bar ditanam lembap selama antara dua dan tiga bulan.

B) Menanam kurma menggunakan biji.

Biji-biji kurma mudah didapati selepas memakan buah kurma kering. Ia diasingkan bagi tujuan penyemaian.
Kita boleh menentukan jenis-jenis kurma yang popular yang biasa dibawa pulang dari tanah Arab ialah ajwah dan ambar.
Rahsia pendebungaan
Pokok kurma mempunyai jantina iaitu pokok jantan dan pokok betina. Kedua-dua jantina menghasilkan bunga.
Tahukah anda bahawa bunga-bunga kurma tidak menghasilkan bau dan rasa? Oleh kerana itu, serangga dan lebah tidak membantu di dalam proses pendebungaan pokok kurma.
Pencantuman bunga jantan dan bunga betina harus dilakukan dengan bantuan manusia menggunakan tangan.
Bunga-bunga kurma jantan boleh diambil dan disimpan di dalam penyejuk dalam tempoh setahun sekiranya pokok-pokok kurma betina belum menghasilkan bunga.
Proses pendebungaan boleh dilakukan dari tiga hingga 30 hari setelah bunga-bunga betina keluar dari mayang pokok.

Proses membuat debunga daripada bunga jantan
1.Membuang kelopak mayang kurma bermula dari atas ke bawah.
Mayang pokok kurma jantan biasanya tertutup bagi mengelakkan tiupan angin atau serangga. Kemudian letakkan bunga kurma jantan tadi di atas rak yang kering.
2 Setelah pengeringan bunga kurma jantan selesai, goyangkanlah bunga kurma jantan tadi bagi mendapatkan debunga kurma jantan.
3. Bunga-bunga kurma jantan dibahagikan kepada dua bahagian. Sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina.
4.Setelah proses pendebungan siap maka bunga kurma ini hendaklah dijarakkan bagi menghasilkan buah kurma yang besar. Bilah bunga yang rapat hanya menghasilkan buah yang banyak tapi saiznya kecil.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0816&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm#ixzz3GIMvrrZj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday 8 October 2014

Panduan menanam cili dalam Pasu/Polybag.

 
 
Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.
Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.
  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
  • Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
  • Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.
  • Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.
  • Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.
Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.
  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 – 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.
PENYEDIAAN ANAK BENIH



Semaian anak benih cili

  • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir.
  • Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.
  • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
  • Ubah anak benih ke ladang 3 – 4 minggu selepas disemai .
  • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.
MENANAM
  • Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas.
  • sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudia, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
  • Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.
PENJAGAAN
  • Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.
  • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
  • Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak.
TUAIAN HASIL

Tuaian hasil cili
  • Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.